Bilis Rangup

Monday, May 11, 2009
















Balik umah, rasa lapar.. x tau nak masak apa.. Ni cth resepi malas or emergency .. Bilis ni dah jadi fav mak mertua .. asal buat nasi lemak je musti mintak buat bilis ni..

Bahan-bahan :
5 sb Minyak utk menggoreng
Segenggam ikan bilis halus (dibasuh)
1 biji bawang besar (dimayang)
5 biji cili padi (dibelah)
Sedikit kicap manis
1 sk gula

Penyediaan :
Panaskan minyak dan goreng bilis hingga garing
Masukkan cili padi dan bawang besar (goreng sampai bwg aga kering/garing)
Renjiskan kicap manis (sedikit sahaja) beberapa titisan
Lastly tambah gula sedikit utk bilis kekal rangup (x tambah pon ok je as long as x letak byk kicap)

Tips :
1. Rendam bilis utk buang lebihan garam / kurang masin & sauk bilis dgn tangan (jgn ditapis) supaya serdak bilis tertinggal di dlm bekas rendaman
2. Jgn gunakan api terlalu besar utk elak bilis dr hangit
3. Bilis ni sepatutnya rangup sehingga keesokan (if x, ada la yg x kene tu)
3. Pecahkan telur dalam tu jika mahu xtra bahan

P/s : Gambar atas tu bilis letak telur. Kaler gelap sket coz guna bilis recycle (bilis goreng xtra nasi lemak).

0 comments:

Post a Comment