Mee Hong Kong

Monday, May 11, 2009
Ok.. resepi ni senang sgt.. kejap je bleh siap.. rasanya bestt.. cuba try..


Bahan Mee
1/2 bungkus mee kuning
2 biji telur


Bahan Kuah
10 ekor udang basah
1-2 ekor sotong
3 ulas bawang putih [dicincang/ketuk]
4 potong brokoli
4 potong bunga kobis
1/2 carrot [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung
1 cawan air [ bancuhkan bersama tepung jagung]
1 cawan air rebusan ayam @ gantikan dgn kiub ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
4 biji cili padi dibelah
garam
minyak


Penyediaan Mee:

1. Pecahkan sebiji telur, gaulkan 1 bahagian mee (seorg makan)
2. Letak sedikit minyak (sng guna pan),goreng telur dan mee hingga garing
3. Ulang utk pinggan seterusnya
4. Ketepikan




Penyediaan Kuah
1. Tumis bawang putih hingga agak garing dan masukkan udang, sotong dan fish ball/ayam.
2. Masukkan air rebusan ayam (atau kiub ayam) bersama cili padi,lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
3. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
4. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
5. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Tips :
1. Grab je sayur apa yg ada, x perlu ikut resepi. Seeloknya ada carrot & cauliflower tu.. yummy
2. Biasanya aku rebus je.. x tumis.. cepat & less fat.
3. If x de tpg jagung, ganti ngan tpg gandum, x effect rasa pon.. just kaler je la.. tpg jgg kuah jadi clear & berkanji, tpg gandum kuah kelabu2 sket.
4. Garlic lagi best kalu diketuk..

3 comments:

{ faeez } at: October 19, 2011 at 6:43 PM said...

fuhhh..br baca resepi dah rasa sedapnya..hu hu..mesti buat ni

{ Kina } at: October 19, 2011 at 10:21 PM said...

memang best.. sebelum tau buat, ingatkan susah. dah try baru tau senang sangat...

{ hafiz } at: December 8, 2011 at 11:53 AM said...

best

Post a Comment