Kari Ayam

Thursday, May 21, 2009
Ni kari roti jala tadi.. sama je.. tapi biasa utk roti jala, kentang tu aku potong dadu. Sng sket la nak makan..

Dikisar - 5 ulas bwg merah
4 ulas bwg putih
1 inci halia
Ayam 2/3 org makan
2 biji ubi kentang
1 bungkus serbuk kari
Minyak utk menumis
Alat menumis (bhn2 sama mcm tumisan sup tulang) - jika ada
1 kotak santan (kurg pon ok je)


Tumis bahan yg dikisar sehingga wangi
Masukkan rempah kari
Masukkan 1/2 cwn air
Pastikan bhn2 pecah minyak (berbau harum dan naik minyak). Mcm dlm gambar ni






Masukkan daging ayam & kentang
Tunggu hingga separuh masak, boleh la masukkan garam
Kalau pekat sgt tambah lagi air secawan 2
Pastu.. last sekali letak santan.. mendidih je, tutup api





Tips :
1. Ikut mak aku, dia akan mayang alat2 tumis tadi & dia akan blend gak utk dibancuh dgn serbuk kari. Tapi aku suka skali arung je.. mcm ni..
2. Alat2 penumis kalo nak betul2 complete byk spices nak kene letak mcm kayu manis, bunga lawang etc.. (sama je mcm alat penumis sup, boleh belek bungkusan sup bunjut tulang). If x de pon boleh je..
3. Mak aku suka tambah kerisik nak sedapkan kuah.. but aku x letak sbb biasanya kari aku ni akan pekat gila.. if tambah kerisik, lagi la pekat.. so.. kalu suka boleh la adjust kuah.
4. If suka pedas, boleh letak cili kering sket dlm bahan kisaran tadi
5. Ada org suka letak asam keping, asam jawa / serai.. maybe nak hilangkan hanyir kot. Tapi aku selalu guna petua ni, if ikan guna asam dlm masakan, if ayam/daging, guna halia.. terpulang la taste masing2...
6. Kari ni dah cukup pekat walaupon x letak santan.. so x perlu byk2 santan atau guna santan yg cair je.. (if kari mamak lgsung x bersantan)

0 comments:

Post a Comment