1 kg beras wangi
3 cawan air
2 cawan santan (ditambah garam)
1 inci halia (dimayang)
1 genggam bawang (dimayang)
1sb halba (direndam air panas)
Bahan untuk Gulai
1 inci halia (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
1 genggam bawang merah (dikisar)
10 tangkai Cili padi
5 keping Asam keping (direbus bersama ikan)
4 sudu rempah nasi dagang
1 kotak Santan / sebiji kelapa diperah dgn 2 cwn air
1-2 ekor Ikan tongkol (direbus bersama asam dan garam)
1 ketul nisan
Serbuj perasa (optional)
Garam
Penyediaan Nasi :
Rendamkan beras semalaman
Kukus kering selama 20-30 minit
Keluarkan dan campurkan dengan 2-3 gelas air
Kukus semula selama 15 minit
Keluarkan dan gaulkan bersama santan dan bahan-bahan yang dimayang
Penyediaan Gulai :
Tumiskan semua bahan yang dikisar bersama rempah (saya tambah sedikit cili kisar/serbuk cili)
Masukkan cili padi (tanpa dibuang tangkai)
Tambahkan santan dan ikan termasuk air rebusan
Tambah gula dan garam
Tips :
1. Saya tak guna beras nasi dagang / beras pulut dlm resepi ni.. Dah biasa guna beras wangi. First time tengok Adik Ipar masak guna beras wangi ni.
2. Kesedapan nasi dagang bergantung kepada agihan asam dan gula di dalam gulai. Asam keping tu korg tambah/kurgkan la sbb mende ni ada pelbagai saiz dan jenis2 (tahap kemasaman) so susah nak bgtau actual sukatan.
3. Nak buat acar tu sng je, potong bahan2 yg korg suka, tambah cuka 1sb, gula1sb dan garam 1/2sk. Lebih kurang macam tu la.. as usual agihan gula/garam tu bergantung. So rasa dan adjust sendiri. Kalau kuantiti banyak, gandakan sukatan
4. Bila nasi dah masak, tuangkan semua bahan yg ingin digaul di dalam besen terlebih dulu. Kemudian baru letak nasi di atas dan digaul semuanya bersama santan.
5. If nak, boleh kukus semula (utk tahan lebih lama) coz santan mentah ni sng rosak. Kukus sekejap je, dalam 5 minit. Atau boleh masak atas api sekejap santan tu. Biasanya kalau nasi kurang lembut saya kukus semula sekejap.
6. Boleh juga tanak macam nasi tapi hasil memang tak sama macam kukus. Beras ya akan mengembang dan tak sama macam original nasi dagang, nasi terlerai lembut.
0 comments:
Post a Comment