PUDING KARAMEL AZIE KITCHEN

Saturday, July 26, 2014 0 comments
Puding karamel... dessert last yang dimasak oleh saya sepanjang Ramadhan ni.  Ni pun sebab nak penuhi permintaan Tiha yang still prefer puding karamel biasa instead of Kek Puding Karamel atau Cream Cheese Caramel  yang pernah saya buat sebelum ni.  Kebetulan telur pun berbaki 4 biji aje lagi dalam peti... Maka...
Puding karamel yang gunakan 4 biji telur aje... stok telur terakhir dalam peti ais.  Sebelah tu bergedil yg bakal dimakan dengan soto.. 

Saya dah pernah try resepi ni dulu, tapi tak share lagi resepinya kat blog.. Resepi ni amat simple & insyaAllah menjadi... (saya bakar guna waterbath method gara² malas nak keluarkan pengukus)... Saya set pada suhu 180c & bakar selama 40 minit.  
Kalau perasan gambar makanan saya sepanjang Ramadhan ni asyik nampak gelap macam terhangus aje kan... hehehe.. Saya pun tak tau nak setting macam mana lagi dah sebab gambar memang suram habis walaupun bukak lampu... Maybe pencahayaan still tak cukup kot...

Ok.. ini resepinya.. dari blog Kak Azie..

Puding Karamel Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 biji telur - boleh guna 6-8 biji telur
1 tin susu pekat manis - boleh guna 3/4 tin jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 tin air
Sedikit vanilla extract
8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus

Cara cara:
Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Setelah cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk pyrex kecil. Ketepikan.

Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sebati.

Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

* Ingatkan nak update pasal kuih² raya yang saya dah buat.. tapi mood belum datang... tunggu next entry lah ye.. :)



PAVLOVA

0 comments

Mini Pavlova... very creamy & sweet... Easy to make but not so healthy to eat!

Ini kali kedua saya buat pavlova.  Faktor utama buat Pavlova ni pastinya sebab nak perabis stok.  Lately ni banyak sangat baki putih telur & saya juga dah lama bekukan whipping cream baki Castle Cake Tiha last year tu... Jadi dua bahan ni memang sesuai sangat le dijadikan alasan kukuh untuk buat Pavlova.  Kebetulan pula dah berhari² budak² kar rumah dok mention teringin nak makan strawberi... Haaaa.. makin excited Mama nak memasak.

Saya ni bukanle suka sangat dessert manis macam ni... Tapi saya suka sangat tengok kejadiannya.. hehehehe... Dari 5-6 biji putih telur ni, menghasilkan agak banyak mini pavlova.  Jadi saya hantar ke rumah MIL sikit & bakinya kami makan sampai 3 hari... hehehe.. Saya takat makan 1 - 2 biji aje pun sehari... Yang lain Suami & anak² yang kerjakan.

Nak buat pavlova ni senang sangat (makin senang kalau ada tukang pukul putih telur... :))... Bab pukul memukul putih telur atau apa saja sampai kembang ni memang dah jadi tugas rasmi Suami.  Kalaulah dari dulu saya tau dia memang suka buat kerja ni... kan senang.. 

Resepinya saya gunakan yang dulu juga sebab dah puas hati dengan kejadiannya.. cuma saya olah sedikit nak sesuaikan dengan kuantiti putih telur yang saya ada.  Pavlova ni tak sensitif, tak perlu accurate sgt sukatannya.. as long as anda berjaya memukul putih telur hingga kental (diterbalikkan bekas tak tumpah), gaulkan bahan lain & kacau lagi sampai kental... Boleh dah dibakar.. Memang senang!
Dah siap dimasak... Saya bakar pada suhu 130c selama 1/2 jam untuk mini pavlova ni

Dah dekat nak berbuka.. baru kelam kabut nak prepare topping... Yang 2 lagi tu tak sempat nak dimekap... (biasalah suka buat kerja last minute)...

 
Nak makan gunakan sudu ye sebab teksturnya lembut...
 P/s : Suspense nak tunggu bila baby ni nak keluar.. Mama sangkakan boleh balik kampung bawak baby baru, tapi makin selesa pulak dia duduk dalam tu ye... :( .. Oh Baby.. jangan buat kelakar nak keluar time kat kampung pula dah la ye.. jenuhla Mama & Baba nak pecut ke PPUKM nanti...  



KUIH BAKAR DAGING KAK JEE

Thursday, July 24, 2014 2 comments
 Kebosanan juga kalau asyik buat kuih manis... Tambah² bagi yang berbuka dengan kuih aje macam kami ni.  Tapi menu kuih 'masin' or savoury ni macam agak limited pula... Ini antara kuih yang tak manis saya cuba.  Ambil dari blog Kak Jee.  Pernah juga terlintas nak order kuih ni dari Kak Jee since dia pun tinggal di Taman Melawati juga.  Tapi saya ni memang kurang suka beli, kepuasan menghasilkan sendiri tu yang buatkan saya susah nak beli kuih dari luar.  Akhirnya saya buat sendiri juga...

Kuih bakar ni sepatutnya dimasak di dalam acuannya sebelum dibakar pula dalam oven.  Tapi saya takde acuan, plus tak cadang nak beli sbb saya tak fikir akan gunakan selalu acuan tu.  Jadi saya bakar dalam muffin tray aje.  Mula² saya cuba buat macam kuih cara, tapi rasa renyah & lambat pula.  Bakar dalam muffin tray terus ajelah... lagi senang.. :)

Kuih bakar yang dibakar dalam muffin tray... Saya spray/minyakkan loyang, letak batter & sudukan isi daging banyak².  Saya bakar pada 180c selama 40-45 minit untuk betul² garing...

Saya try buat as cara berlauk pada mulanya... tapi macam lambat je nak siap... Yang di sekeliling tu ialah Kuih Cara Gula untuk anak² kalau² diorang tak nak makan Kuih Bakar Daging ni..

Haa.. bukan main banyak kuih terhidang.. Semuanya habis kecuali Beko Pandan yang berbaki 3 biji dari 6 biji dimasak.  Beko Pandan tu saya bagi kepada MIL pula... Kuih bakar & kuih cara tak sempat bertandang ke sana pun... :)
Ini resepinya yang saya ambil dari Blog Kak Jee... :

BAHAN2NYA:

250 gms daging (¼ kg)
1½ sudu rempah daging (kjee guna babas)
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa

3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin

CARA MEMBUATNYA:

Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong kecik2 je. Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.


Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.  Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging  tadi kan dah ada perisa. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan. Biar kira2 satu minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sedap tau. Selamat mencuba.


P/s : Saya hanya bancuh separuh dari batter ni & dapat bukan main banyak lagi kuih bakar daging & kuih cara... Batter nya amat lembut.. Saya akan gunakan resepi ni bila nak buat Kuih Cara lepas² ni... 

CREAM PUFF II

Wednesday, July 23, 2014 0 comments
Teringin pula nak makan cream puff.  Kali ni saya guna resepi lain pula.  Tak banyak beza dengan resepi sebelum ni, cuma kali ni saya guna mixer & ikut arahan sepenuhnya, tak shortcut macam selalu :).   Memang tinggi menggunung naiknya.  Custardnya pula masih guna resepi lama.  Kalau nak dapat custard yg banyak, gandakan resepinya tu ye...

Bahan Cream Puff:-
100 g mentega
25o ml air
1/2 camca teh garam
150 g tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
  2. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
  3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
  4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentul siput atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.
  5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit dan boleh diisi dengan lemon curd dan tuang sedikit coklat cair sebagai penambah seri...Selamat mencuba!!!

Time dipicit... Takde la tinggi sangat pun kan...


Dah siap bakar... Mak Aihh... menggunung naiknya... hehehe... 



Dapat 2 bekas di atas ni untuk satu doh tu... Tapi agak besar gedabak, next time saya nak kecilkan sikit.. :)
Saya gunakan bekas/gelas besar untuk masukkan custard/icing dalam piping bag...
 
CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung (saya ganti dengan tepung kastad)
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila sedikit pewarna kuning - (saya tak letak)
 
Saya combine semuanya & masak atas api sehingga pekat... 
 
 

BEKO PANDAN

Tuesday, July 22, 2014 0 comments
Senang aje nak buat kuih ni rupanya... setakat gaul² & bakar.  Rasanya sama juga macam dangai.. Saya gunakan muffin pan untuk bakar beko ni.  Tapi kuih ni jenis yg memuakkan.... 6 biji saya buat, 3 je habis dimakan.  3 lagi hantar kat MIL.  Ini resepinya dari blog ini:

 Bahan-bahannya:

200 gm kelapa parut-pilih yang muda .
80 gm gula pasir.
120 gm tepung pulut.

1 biji telur-pukul ringan dengan garfu.
4 tbsp air daun pandan.
1/2 tsp garam.
1/4 tsp pes pandan.

 Cara-caranya:
  • Gaul rata kesemua bahan
  • Sapukan acuan kuih beko dengan sedikit minyak.Masukkan dalam oven sekejap.
  • Keluarkan acuan dan sudukan adunan kedalam acuan sehingga penuh.
  • Bakar sehingga masak.
  • Tunggu sehingga kuih sejuk baru keluarkan dari acuan.
Gaulkan kesemua bahan...

Saya spray muffin pan & sudukan kesemua adunan

Saya bakar 180c selama 30 minit.  Maybe next time saya nak bakar 200c selama 30 minit pula kerana bhgn tapaknya masih tak berapa garing.  Ikut kepada oven masing² la ni ye.  Masa ni saya nampak beko ni dah masak, saya cuma grillkan bahagian atasnya bagi nampak garing.  Kalau saya tambah masa lagi, bimbang kuih jadi kering pula. 

Dah siap Beko Pandan yang mudah ni... Tak perlu beli kuih dangai lagi dah... yang ni lagi sedap... :)

CUCUR UDANG & PORTUGUESE EGG TART

Monday, July 21, 2014 0 comments
Portuguese Egg Tart in the making... Saya suka makan egg tart yg hangus² sikit bhgn atasnya, tapi anak² tak suka, jadi saya bakar cukup sekadar masak aje le.. Saya buat dapat 10 biji semuanya... 

Cucur Udang.. saya buat ala² udang celup tepung, saya celup seekor² udang dalam batter tepung...

Dah sedia dimakan untuk iftar... Egg Tart ni tersangat laku sampai Baba tak puas makan sbb anak² pulun sampai habis... hehehe...
Cucur udang antara cucur yang saya selalu buat kat rumah ni.  My husband kalau makan cucur ni, wajiblah ada kuah kacang.  Cuma Ieqa & Misha aje kurang enjoy kalau buat cucur ni.  Lately ni susah sikit nak duga selera dua budak ni.  Kalau dulu dua² ni hantu cucur, sekarang ni, langsung tak pandang.  Pening saya..

Kemudian saya teringat kulit pastry yang tak terusik dalam freezer.  Dah lama sangat saya beli, tapi tak jugak diguna.  Jadi saya cadang nak buat Portuguese Egg Tart sebab semua anak² sukakan tart ni.  Nak buatnya pun simple sangat... Boleh refer resepinya kat sini ye...

Cucur udang tu pula saya try resepi dari Blog Kak Ita Masam Manis.  Since menggunakan yis, bukan main kembong jadinya.  Maybe next time buat saya try eliminate yis tu kot.  Saya memang kurg suka letak yis dalam cucur, tapi kali ni saja le testing.

Resepinya saya copypaste balik dari blog Kak Ita :

CUCUR UDANG My Sifu

250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh yeast segera
1/2 camca teh baking powder
secubit garam
secubit gula
1 sudu besar udang kering ~ dikisar
1 biji telur
200 ml air suam
1 labu bawang besar ~ di dadu
1 batang cili merah ~ dadu kecil
1 gengam taugeh ~ jika suka
1 pokok daun kucai ~ hiris ( kalau tak de daun bawang pun boleh)
1/2 biji kentang ~ di sagat
1/2 batang carot ~ disagat
1/2 kg udang basah ~ kopek kulit belah belakang buang hitamnya

Kemudian perap sekejap anggaran 1/2 jam. letak dalam peti ais pun ok. Bila-bila nak makan bolehlah di goreng dengan minyak. Goreng secara terendam

ADEHHH...

Saturday, July 19, 2014 0 comments
Testing lagi resepi roti menggunakan water roux... Bukan main excited tgk orang siap bungakan roti... Saya pun nak try.. 

Doh disapu red bean 

Gulung & bulatkan... 

Masa memotong.. Adooii.. susahnya! Tray ni kecik sgt & berdinding... memang agak mustahil boleh potong doh ni dengan cantik... Masa ni dah sedih sgt tengok doh yang cantik dah rebeh sana-sini.. :(

Lepas dibakar, semakin hodoh lah sebab roti mengembang dengan jayanya... Dengan loyang yang kecik ni, memang hilang habis lah rupa bentuk bunganya tu.  Frust betul saya tak dpt buat roti yang saya idamkan.  Yang paling saya frust, roti & inti agak kering....
Roti red bean ni antara tragedi paling tragis sepanjang Ramadhan ni.. :(.  Dahle tak laku sebab anak² tak nak try la pulak.. Last² saya simpan dalam freezer, kalau nak makan reheat dlm microwave aje...



MH17 - INNALILLAH & MY CONDOLENCES

Friday, July 18, 2014 0 comments
Sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan musibah... Semalam semasa adik post berita ni dekat Wassap.. rasa macam tak percaya je.. Tak boleh tido saya semalam sebab dok terfikir² pasal ni & berharap news tu belum betul² confirm... Lepas sahur, sambung lagi cari info... Nasib baik berjaya juga lelap lepas² tu... (tapi usah ditanya pukul berapa saya bangun tadi... hehehe)...

Apa pun... from deepest of my heart, Al Fatihah kepada semua muslim yang terlibat & takziah kepada semua keluarga yang terbabit.  Semoga anda semua sabar dengan ketentuanNya..

Diharap kita tidak membuat spekulasi & mengeluarkan teori pelik² ye... Ingatlah Qada' & Qadar darinya.  Cukuplah sekadar meluahkan simpati atau berdiam itu lebih baik dari kita menyebarkan info² yang tidak sepatutnya.




WATERBATH METHOD & CARAMEL CHEESE PUDDING

Thursday, July 17, 2014 0 comments
Dah lama saya pening dengan kuih² yang dimasak guna waterbath method tak beku!  Pada mula² dulu, kuih² yang saya masak tu elok aje jadinya.  Tapi lepas² tu takde satupun yang menjadi!  Puas saya google & bertanya di sana sini, namun masih tak dapat jawapan.  Nak dikatakan resepi yg tak betul, bila saya kukus, elok aje bekunya.

Selepas berkali² kecewa & hampir berputus asa.  Saya cuba lagi dengan teori baru... adakah kepanasan tak cukup?  Mungkin juga loyang air yang saya gunakan kecil jadi tak cukup untuk memasak kuih tu??  Hanya baru² ni saya terfikir nak cuba cara macam ni pula... Masa tu saya try buat Kek Puding Karamel... Happy sangat sebab kek tu masak dengan jayanya.  

Jadi baru² ni saya cuba buat puding cheese karamel pula... kali pertama buat elok kejadiannya.  Kali kedua saya buat, bila ditelangkupkan.. puding tu berkecai macam bubur!  So.. ni kali ketiga saya try & guna kaedah ciptaan terkini saya.. :)  

Saya letakkan air dalam bekas (saya gunakan bekas pie IKEA).. nak guna loyang pun boleh... 

Kemudian saya alaskan dengan pizza crisper ni.  Kalau nak guna jaring pun boleh... Be creative ok.. janji di bawahnya ialah air.  Airnya jangan sikit sangat, nanti kering sblm makanan tu masak, akibatnya kek/puding tu akan crack...   Kemudian panaskan oven macam biasa.  Saya setkan suhunya 180c walaupun dalam resepinya 160c.  Bila dah oven panas, letakkan loyang di atas pelapik tu.

Alhamdulillah... beku dengan jayanya... 

Menjadi jugak Caramel Cheese Pudding ni... Lepas ni saya dah tak ragu² nak memasak guna waterbath method lagi dah....


POPIA CARA SAYA...

2 comments
Saya memang suka popia.. tapi bukan main malas nak buat... hehehe.. Antara sebab saya buat kali ni pun gara² nak habiskan baki kulit popia yang usianya dah cecah setahun!!!... Ye la.. seingat saya last sekali saya buat popia memang Ramadhan lepas.  So.. dah masuk setahun la kan?

Tapi kalo popia beli tu saya kurang gemar.  Ye la.. isinya sekadar tauge aje... Sedih je kan.  Kat bawah ni cara saya buat popia... Saya akan campur segala mak nenek bahan yang ada kat rumah especially stok² lama.

Bahan yang saya suka letak - isi udang (dipotong), isi ayam (dipotong), sengkuang & carrot disagat, kali ni ada mix vege yg dah lama terperam dalam peti jadi bahan sekali...

Saya tumis kan bawang putih.. masukkan isi ayam, isi udang & segala sayur... Tambah white pepper & masinkan dengan kicap cair/garam/sos ikan (mana-mana la ye).  Kalau nak extra sedap boleh tambah stok/kiub ayam... Kalau letak stok ayam mungkin dah tak perlu tambah garam or kicap tu
 Inti yang siap tu saya masukkan dalam penapis supaya airnya turun, jadi takle intinya basah.  Kang bocor pula kulit popia tu.  Air tapisan tu saya tak buang, jadi kuah/perasa dalam gorengan sayur pula nanti.... :).  Saya memang tak suka buang sisa makanan okey...
Bukan main susah nak menggulung kerana kulit popia dah mula crack & kering... Mujurla berjaya juga jadi popia.  Banyak juga saya goreng... Hantar rumah MIL sikit... the rest, malam tu juga kami laki bini makan.  Ohh... lepas tu pelik kenapa berat naik mendadak masa check up tadi!  Rupanya tak makan nasi tapi kuat makan kuih, badan lagi naik ye... :)


DONUT (WATER ROUX) YANG AMAT GEBU

Tuesday, July 15, 2014 2 comments
Sejak memberanikan diri meroti ni, pelbagai resepi dah saya cuba.  Namun teknik water roux yang dikatakan boleh menghasilkan roti yang gebu ni belum lagi saya test.  Mudah aje nak buat water roux ni... takat kacau tepung gandum & air sampai pekat aje...  Hasilnya donut ku memang super duper sedap!  2 hari berturut² budak² ni request Mama goreng.  Alaa... tinggal sedikit je lagi dalam freezer... Padahal saya gandakan resepinya dah tu!
Water roux yang dah siap....
 Masa tengah prepare makanan berbuka terjadi tragedi sikit.  Gas ku habis!  Biasa saya memang ada extra satu tong, tapi kali ni saya tak buat backup.  By 7.20 baru Suami usung gas... Kelam kabut menggoreng sampai gelap sikit warnanya.  Lagipun saya guna pan IKEA yang murah tu, manjang je gelap kalau menggoreng.  Tapi takde la hangus pon.. Nampak extra gelap sebab pencahayaan tu.. :)
Pau Malaysia ni saya goreng 7 biji (satu dah dirembat, ni tengah berbuka saya snap kejap)... Punyalah sedap, lewat² malam tu saya goreng lagi 6 biji.  Yang stress tu.. sampai hari ni masih terasa kesedapannya tu & teringin lagi... Adehhh.. 
 Gambar donut hari ni saya tak letak sebab color nya pon terlajak seperti pau malaysia tu juga.  Esoknya saya goreng lagi, kali ni guna Tefal Pan.  Mak aiii... mencanak² donut tu kembang... then elok je tak gelap mcm selalu saya goreng guna pan nipis tu... hehe...
Nampak tebal je kan?  Sebenarnya donut ni dicanai amat nipis, tapi tahap naik & gebunya yang over.  Ohh.. bentuknya herot petot sebab Tiha yang mencanai & menurap sorang².  First batch saya tolong canai, cantik aje hasilnya... Batch lepas tu dia canai sendiri... dia still fail nak gabung & canai doh.  Jadi herot petot la donutnya.  Tapi takpelah... budak² ni jugak yang akan makan pon.  Bukan diorang kisah sangat pon kan... 

Haaa.. sekelip mata, ini je tinggal.. Tu pon Mama jerit... "Kejap² Mama nak ambik gambar!".  Elok je Mama snap, habis semuanya!... Laris betul donut ni ye...
Saya sendiri pon rasa sedap sangat donut ni.  Memang gebu sangat!  Donut tergebu yang pernah saya buat tau! Oh.. kang terlupa plak resepinya... As usual saya copypaste aje ye... Minta dihalalkan...

Donut Gebu
Resepi : Isma Maisara fb

Bahan :
250 gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis segera
2 biji kuning telur
50 gm gula
2 sudu besar water roux
50 - 60 ml air dari peti sejuk
50 ml minyak masak
Sedikit garam

Caranya :
Ayak tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis, gaul rata. Masukkan gula, kuning telur dan water roux. Gaul rata.
Kemudian masukkan minyak dan garam. Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut. Tambahkan tepung sedikit kalau doh lembik. Uli hingga doh lembut, x melekat di tangan dan mangkuk.
Rehatkan doh 30 minit hingga kembang atau naik sekali ganda. Setelah doh naik tumbuk2 doh, canai dan terap. Rehat doh 30 minit lagi. Kemudian bolehlah digoreng menggunakan minyak yg panas dgn api yg perlahan.


WATER ROUX

1/4 cwn tepung gandum + 250ml air. Satukan bahan2 dan masak di atas dapur dgn api yg kecil hingga pekat. Kacau sentiasa agar x berketul. Sejukkan baru boleh digunakan. Boleh simpan dlm peti ais tahan hingga 2-3 hari.


TEPUNG PELITA

Monday, July 14, 2014 0 comments

Kalau last minute sangat saya masuk dapur, kuih macam ni la biasanya bakal jadi hidangan.. Kuih yang senang & cepat!  Saya buat separuh adunan aje sebab bimbang anak² tak nak makan.  Lagipun pati daun pandan masih banyak dalam peti jadi makin mudah kerja ku.. :).  
Saya memang ada bad habit sikit, suka buat kerja last minute plus saya jenis nak makan benda yang baru dimasak.  Jadi biasanya betul² dah nak azan baru complete & kelam kabut menghidang....  Tu yg kadang² salah timing, memang marathon sakan la nak siap masak sebab mengejar masa.  Tapi kalau dah bad habit, memang susahlah nak buang kan...




Bahan A

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar
pewarna hijau atau esen pandan
1 sudu kecil air kapur

Cara-cara

Tepung beras( yg 1 cwn), air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat, guna api sederhana ya.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

Bahan B

4 sudu besar tepung beras(rata)
4 cawan santan
sedikit garam

Cara-cara

Sementara itu satukan santan, tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan. Setelah sejuk bolehlah di makan.

Haaa.. kan mudah nak membuatnya tu... tak sampai 1/2 jam dah siap.  Boleh start masak menu berat pula.  





TANDOORI & NAAN

Sunday, July 13, 2014 0 comments
 Berat hati betul nak buka FB sekarang ni... Nak tak nak, kena tengok kekejaman Israel terhadap Palestin.  Frankly, dari kecik saya memang sensitif dengan perang.  Bila keluar berita luar negara segmen perang, saya akan lari masuk bilik tekup telinga dengan bantal sebab tak nak dengar bunyi tembakan/bom.  Suami saya pun dah tau, saya tak kan tengok cerita yang libatkan perang.  Memang saya tak tahan tengok kanak² yang jadi mangsa perang, isteri yg hilang suami, anak yang hilang ayah... Tapi walau macam mana pun, itulah hakikat hidup, kita kena terima & cubalah bantu mereka yang tertindas sehabis daya.  Doa, derma, boikot, kempen... mana yang kita mampu.

Cuma di dalam kita cuba memperjuangkan nasib saudara kita sesama Islam... Janganlah kita terlalu memainkan isu Agama kerana kita sepatutnya cuba meraih sokongan satu dunia.  Kalau dengan memaki hamun, menyindir dan sebagainya... tidak akan menarik orang lain untuk sama-sama menentang penindasan ini.  Ianya menjadikan peperangan ini hanyalah antara Islam & Yahudi.  Namun jika kita letakkan ianya adalah perjuangan untuk menegakkan keadilan dan membantu bangsa yang ditindas.  InsyaAllah kita akan dapat sokongan yang lebih besar....Wallahualam...

Ni kisah menu tanpa nasi kami lagi.  Kami makan naan, kari daging  tandoori chicken... Resepi tandoori saya ambil dari Youtube.. Bila ada masa nanti saya salinkan resepinya ye... 


Sedang diperap...

Saya panggang dalam Magic Pan aje... Bila ayam dah masak, saya buka penutupnya & terbalikkan ayam untuk garingkan bahagian luarnya.. 
Roti naan ni pula saya masih kekalkan resepi sebelum² ni... Boleh refer di sini ye...
Doh yang dah naik... Bulat²kan & canai...


Masak atas pan & disapu butter untuk rasa yang lebih sedap... 

Naan yang dah siap!
Saya buat 2 adunan terus... Baki yang tak nak dimakan lagi tu saya masak sekejap atas pan, wrap dalam wrapping foil & smpan dalam freezer.  Makin padat stok makanan dalam freezer saya... hehehe.. Best!



KEK PUDING KARAMEL & ROTI JALA

Friday, July 11, 2014 0 comments
Dah masuk 4 hari kami iftar & sahur tanpa nasi.  Memang puasa kali ni saya takde idea nak masak lauk... Mujurle orang rumah ni semua tak kisah kalau takde nasi.  Fuhh.. senang keje Mama.. hehe... (Mama ni asyik nak keje senang je kan...)

Ni kek puding karamel yang saya buat selasa lepas... Sejak Selasa jugalah kami tak jumpa nasi lagi... Kami berbuka dengan Kek Puding karamel & roti jala aje.  Sahurnya makan cheese Omelette dengan roti aje.  Resepi Kek Puding Karamel ni saya ikut cara Dr Ezani Masterchef... Alhamdulillah.. menjadi.. 

Videonya boleh masuk sini ye 

Resepi Kek Puding Karamel: ( copy paste from Youtube Pastibella )

Karamel:
60g gula kaster

Puding:
400 ml susu segar
70 g gula
4 biji telur
Sedikit esen vanilla

Kek span:
2 biji telur diasingkan kuning dan putih
60g gula kaster
70g tepung gandum
20g mentega dicairkan
- griskan loyang dgn mentega
- panaskan ketuhar 170 darjah C
- sediakan karamel. Masak gula kaster hingga keperangan. Dengan segera tuangkan ke dalam loyang dan ratakan ke dasar loyang
- sediakan puding. guna periuk yg digunakan utk masak karamel tadi utk memanaskan susu. Panaskan susu dan gula hingga gula larut. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan kacau bersama esen vanilla. Tuang susu panas ke dalam telur dan kacau. Tapiskan adunan ke dalam loyang
- sediakan adunan kek. Pukul putih telur dgn separuh gula hingga kembang. Pukul kuning telur dgn separuh lagi gula hingga kental dan berkrim. Perlahan2 kaup balikkan putih telur ke dalam kuning telur. Ayakkan tepung ke dalam adunan telur dan kaup balik perlahan-lahan. Akhir sekali masukkan mentega cair dan kacau sebati.
- tuang kek ke atas adunan puding tadi. Kek akan terapung di atas adunan puding
- letak loyang di atas dulang yg besar dan tuang air mendidih ke dalam dulang besar. Bakar dalam ketuhar lebih kurang 35 minit atau hingga kek perangan.
- sejukkan, kemudian boleh keluarkan dari Loyang
Dah siap!!!

Sedang dibakar..  (saya set 180c selama 35 minit)

Dah masak!!!


Nyum! Nyum!!...
 Oh... saya extra happy sebab lately method bain marie saya asyik tak menjadi.  Dulu ok je... But the last few recipe saya buat, puding/kek langsung tak masak!  Last² saya terpaksa kukus semula guna steamer atas dapur.. :( . Alhamdulillah setelah bereksperimen, saya dah faham kenapa kadang² menjadi, kadang² tak.  Tapi teori ni belum berakhir lagi sebab saya kena try banyak kali dulu untuk pastikan kesahihan teori saya tu.  Bila dah yakin nanti, saya akan share tekniknya yer...

Roti jala  dan kari daging as menu berat sekeluarga.. Sekarang ni dah ada tukang gulung... nanti Mama train Tiha menjala pula ye... hehe... 
Okayla.. tetiba teringin nak melepak kat luar dengan anak²... Kesian juga diorg kebosanan dok dalam rumah aje lately ni... Jom kita merayap!!


LOMPAT TIKAM & PULUT UDANG

Thursday, July 10, 2014 2 comments
Hari yang penat!  Kelmarin check up di UKMSC.. lepas check up terus ke Aeon Wangsa Maju cari baju anak².. Sebelum ni dah shopping pon baju raya diorg ni.. tapi lepas dibelek & dihitung, banyak yang tak complete.  Nak tak nak kena juga la kami bershopping sekali lagi.  Aduuhh... penatnya la.... 

Hari ni kami bergegas lagi.. Rupa²nya baju newborn yang saya simpan dalam kotak dah banyak dibuang sebab rosak & sudah buruk (maklumle dipakai guna selagi muat sejak Tiha lagi).  Aduuhh... terpaksa kami keluar cari barang² newborn pula.  Dahla nak kena cari peti untuk kedai.  Dua² peti & sebiji oven (komersial) rosak pula!  Dugaan betul... Barang² ni semua bukannya murah.  

Dah petang baru sampai di rumah, terus bergegas masak untuk berbuka.  Semalam kami berbuka di rumah Mak Mertua aje, jadi takde lebihan or stok makanan... Memang kelam kabut jugalah saya memasak tadi.  Siap termengah² nak kejar time berbuka.  Masa berbuka, time makan, rasa berpusing² macam nak pitam... adehh.. seb baikla tengah makan, kalau tengah masak tadi, tak ke naya.  Mujurle bulan puasa husband ada kat rumah, jadi byk benda jugakla dia boleh bantu.  Cuma bab memasak dia memang fail habis... nak goreng telur pon belum tentu lepas!  

Ni nak tunjuk lagi menu beberapa hari lepas.. Saya buat lompat tikam & bubur kanji.  Bukan main lembut daging dalam bubur kanji tu... Tapi saya tak snap gambar pun, bubur kanji biasa aje... 

Lompat tikam yang sedap, tak jemu dimakan... nak buat pun mudah sangat!

Pulut udang... Baki yg belum dibakar... 
Misi menghabiskan inti belum berakhir... Baki inti cucur badak saya jadikan inti pulut udang pula.  Saya masak 4 cawan kecil pulut & dapatlah hasilkan dalam 20 biji pulut yang besar & panjang.  Makan seketul pun dah kenyang!.. hehehe... Saya hantar 6 biji ke rumah Mak Mertua... lepas dimakan, masih berbaki 4 biji disimpan dalam peti.  Puashati dapat makan pulut udang sampai kenyang!  Yang paling saya puashati, stok inti cucur badak sudah habis!  Tinggal inti kelapa aje lagi dalam freezer tu... Nantile saya kerjakan pula inti tu... :)


COQ BADAK & KERIA

Tuesday, July 8, 2014 0 comments
Baru je lagi makan cucur badak & cek mek molek kat Jengka (first day puasa)... Tapi missi perabis inti masih berjalan... Maka saya pesan Suami belikan keledek.  Sekali dia borong sampai 2.5kg keledek!  Jadi saya tugaskan dia lenyek & gaul doh tu... Letihla nak kerja kan doh sebanyak tu.. :P

Tengah dok buat cucur badak, Tiha sampai dari sekolah... Dapat lagi sorang Assistant.. hehehe... Saya suruh dia try buat keria (Ieqa & Misha tak suka cucur badak)... Ehh.. dah boleh dia gelangkan doh tu... Waa.. lepas ni makin rajin la Mama buat keria.. (muahahaha!!!...gelak jahat)... 

Cucur Badak yang bakal berkunjung ke rumah Mertua.  Husband ckp MIL dok tanya saya masak apa arini.. (baru perasan posa kali ni saya tak hantar apa² kuih pun kat umah Mertua... )... Time ni baru nak start goreng keria pulak...

Kuih berbuka... Keria & Cucur Badak.. Habis dimakan masa tu juga... Jadi lepas Terawih baru la kami makan nasi... 
Haa.. part ni yang paling saya suka!  Stok frozen!  Saya bekukan dalam tray & kemudian susun dalam container.  Kalau susun terus dalam bekas, kang melekat pulak... Sekarang ni dah ada 3 jenis kuih frozen dalam freezer.. (karipap, cucur badak & keria).. Pasni nak buat kuih apa pula ye??
Kuih keria hasil tangan Tiha... agak senget benget... Tak kisahlah kan.. Janji cepat siap kuih Mama.. Hahahaha...