Showing posts sorted by relevance for query nasi minyak. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query nasi minyak. Sort by date Show all posts

Nasi Minyak Hentam Sajalah..

Saturday, January 19, 2013 0 comments
Saya tak berani nak kata ini resepi nasi minyak sebab saya kurang pasti betul ke nasi minyak macam ni.. hehehe.  Dulu mak saya pernah ajar nasi minyak cukup sekadar tumis rempah tumisan (kayu manis, bunga lawang & cengkih) berserta bawang dengan minyak sapi aje, nasinya pun plain aje.  Tapi bila saya belek dalam resepi sana sini ada pelbagai versi.  Jadi versi saya kali ni saya hentam sajelah, apa yang ada itulah bahannya.  Tapi sedap tau!!

First time cuba titiskan colouring.. saya lubangkan nasi dengan chopstick then titiskan pewarna.  Puashati jugakla dengan nasi yang terhasil ni.

Ini bahan-bahan yang saya campak - bawang, bwg putih, daun pandan,  bunga lawang, cengkih & kayu manis, minyak sapi, kismis & beras 
Saya kalau masak nasi yang perlu bertumis, saya terus masak direct dalam periuk elektrik itu aje.  Takdelah masak atas dapur gas then transfer atas rice cooker.  Jadi kali ni saya panaskan minyak sapi dalam rice cooker & tambah 1 sudu besar minyak & tumis segala bahan tumisan yang ada.  Dah berbau haum, saya masukkan beras, kacau-kacau sikit then masukkan air & garam.  Masukkan juga daun pandan & kacau rata.  Saya guna sukatan macam masak nasi biasa 1 cawan beras : 1 1/4cawan air.  Kalau nak letak susu gantikan separuh dari jumlah air dengan susu.  Boleh tambah kismis lagi kalau suka.  Biasanya kalau nasi baru masak saya gembur sedikit supaya nasi lerai & tidak padat.  Tapi jangan gembur lama-lama nanti hancur pula.  Kalau sukatan air terlebih nasi akan berketul & tak cantik.  Jadi kuantiti air tu penting dalam menentukan nasi nampak cukup gembur atau tak.

Alahh.. banyak sangat tips nya.  Macamlah terror sangat.  Bagi saya tip ni semua hanya panduan aje, saya sendiri pun kadang-kadang main hentam aje.  Tapi kalau dah biasa buat, secara automatik kita belajar banyak benda & dapat improve hasil masakan kita.  Jadi marilah merajinkan diri ke dapur!!

P/s : Entry pasal travel tak habis lagi, saya skip kejap.. hehehe

NASI BRIYANI PAKISTAN

Friday, April 25, 2014 4 comments
Ternampak resepi nasi briyani ni di blog Kak Azie.  Kak Azie ni suka sangat letak tajuk² yang buatkan saya terliur nak mencuba.  Namun untuk manusia yang tak berapa nak rajin macam saya ni, renyah kemain nak buat nasi briyani ni.  Berpeluh sakan nak boleh siap satu dish ni aje... hadoii.. bahannya pon banyak... Boleh surrender gue... hehehe...  Ni lah di antara proses membuatnya... Resepinya saya copypaste dari blog Kak Azie aje la ye... 

Marinade ayam dulu... 
Sambil tu saya rebus kentang pula... saya rebus sebiji aje yg besar, nak test dulu takut takde yg makan nanti....

Kemudian bahan untuk memasak ayam tadi (rencah nasi briyani ni)...

Resepi ni gunakan bawang yang banyak, macam Nasi Afghan juga...

Sambil masak ayam, saya rebuskan beras Basmathi (jgn sampai masak tau, nanti nasi lembik...)

Tumis bawang & rempah tumisan

Beras Basmathi dahpon separuh masak, boleh ditos & diketepikan

Sedudah bahan tumisan naik bau, masukkan ayam yang dah diperap tadi

Sambil masak ayam, silalah mendadu tomato.. (adehh.. malas betul bab² mendadu ni kan... heheeh)...

Gaulkan dengan yoghurt... 

Masukkan dalam ayam tadi & dimasak hingga air hampir kering... 
Nasi ni perlu dilapis²kan.. tidak digaul macam Nasi Afghan...
Lapisan 1 - Nasi yg separa masak tadi (nasi ni sudah ada rasa masin & amat harum baunya)...

Lapisan 2 - Ayam beserta kentang & telur rebus yang dah dikelar... 

Lapisan 3 - Nasi & kesemua baki ayam serta daun ketumbar & daun pudina...

Masak macam biasa dalam periuk nasi... 
Saya tak list down sepenuhnya bahan nasi ni sebab banyak sangat... Boleh refer resepi kat bawah ni untuk detail..  Kalau saya nak buat lagi lainkali, saya dah ada method shortcut yang direka cipta dalam kepala... hehehehe...

Okeylah.. resepi penuhnya di bawah ni ye...

Nasi Beriani Pakistan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning

Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka

Penyediaan Ayam:

Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.

Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.

Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.


Penyediaan Nasi:

Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.

Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.


Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan ayam tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.

Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.

Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.

Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar

Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.


Sos Yoghurt
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam

Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.


CUCUR NASI

Wednesday, December 3, 2014 2 comments
Sedap rupanya cucur nasi ni ye.  Rugi saya tak cuba dari awal lagi.. Yang buat lagi sedap tu, cucur ni saya buat versi udang.  Udang fresh yang saya beli dari fishery hari tu.  Memang ummpphh sungguh.  Elok je siap masak, laju je saya Whatapps hubby bagitau sedap betul cucur nasi ni.  Alamak.. dia mintak saya simpan untuknya sikit... Kemaruk betul Laki ku ni.. Kang kalau dah sampai rumah pukul 4 pagi ke, larat ke nak makan??  

Tadi pun siap Whatapps bagitau teringin gila nak makan nasik kat rumah.  Suruh simpan apa yang ada... Whatt?? My hubby request nasi tuuu... Betullah dah kemaruk nasi sangat... or dengan ertikata lain, nak makan nasi dengan lauk yang Mama masak! .. hehehe... Macamla kat Cyberjaya tu takde nasi kan.  Siap boleh claim lagi..  Ni baru seminggu lebih tak hadap masakan Mama.. takkan dah mengidam macam tu sekali kot?? Pasni Baba bawak bekal jelah senang.. hehehe...

Ehh.. dah start nak melalut... Meh sambung pasal cucur nasi yang best ni
Saya buat setengah adunan aje dari resepi asalnya tu.  Nak test dulu lah best ke tak.  Haa.. boleh nampak betapa segarnya udang² tu kan? 
Resepi asal cucur nasi ni guna ikan bilis.  Since anak² tak makan bilis, jadi saya gantikan dengan udang.  Masa blend nasi tu, saya letak sedikit udang kering.  Saya tak gunakan bawang pun, hanya daun bawang.  Kemudian saya tambah sikit chilli powder.. hhmm.. terangkat!

Dah siap goreng... Nampak rangup kan?  Memang rangup pun!  Udangnya pun banyak.  Tiap ketul ada 2 ekor udang.. best sangat.

Oleh kerana terbau bawang, budak² ni tak nak makan!  Eeiii.. stress la Mama dengan budak² ni.. Rugilah korang makan memilih camni.  Last² Mama yang perhabiskan, tinggalkan sikit aje untuk Baba untuk melepas hajat dia.. hehehe...
Ehh.. lupa pula nak paste resepinya... Ni haa...

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...
P/s : Untuk dapatkan tekstur yang rangup, jangan blend nasi tu sampai hancur tau & jangan bulatkan, jemput & campak aje dlm minyak panas..




Koleksi Resepi

Sunday, May 17, 2009 0 comments
Dessert / Kuih Muih
Lauk - Pauk (Nasi Putih)

Roti & Geng-gengnya

Lain - Lain (western, mee, nasi²..)

Nasi Goreng Cina

Tuesday, January 31, 2012 0 comments
Mmmm.. dalam banyak² makanan, Nasi Goreng Cina yg dimintak oleh si suami.. issshh.. Memang senang nak masak nasi ni, tapi saya kurang suka.  Maybe sbb saya suka nasi goreng yg pedas² macam nasi goreng kampung tu.  So everytime buat nasi goreng cina, saya kena goreng plak nasi goreng kampung atau seumpamanya utk diri sendiri.. issshh (asyik mengeluh je.).

Dulu² disebabkan tak berminat dengan nasi goreng ni, saya akan beli aje rencah nasi goreng segera Seri Aji tu.  Tapi saya ni kurg suka beli benda² instant ni tetambah kalau benda tu senang dibuat.  Slowly saya copy rasanya.. akhirnya menjadi.  Berikut bahan² yg biasa saya letak dalam nasi goreng cina ni.  Sukatan ni anggaran je, tak perlu la ikut sgt kayy...

Bahan²
Minyak utk menumis (paling sesuai guna minyak bijan)
2 biji bwg putih - diketuk
Nasi putih (lerai²kan) - 3 cawan ke
Sedikit sayur²an
Sedikit isi ayam/udang
1 biji telur
1/2 kiub stok ayam
Lada sulah secukup rasa
Garam

Cara²
Tumis bawang putih sampai naik bau & masukkan ayam/udang.  Masak seketika, (saya ketepikan bahan² lain  dahulu) pecahkan telur & gaul sampai hampir kering.
Masukkan sayur dan kiub ayam kacau rata & masukkan nasi.  Perasakan dengan garam dan lada sulah.

Selamat Mencuba!!!

Cempedak Goreng

Thursday, August 4, 2011 0 comments

Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa semua!!! Dah masuk hari keempat umat Islam berpuasa, barulah saya berkesempatan masukkan N3 utk blog saya ni.  Biasanya sepanjang puasa saya takde lah masak special sangat.  Setakat 1 jenis kuih & satu jenis makanan berat seperti nasi, mee, roti... je.  Time puasa memanglah semuanya teringin, tapi bila berbuka, sepinggan nasi pun belum tentu boleh habis.

Puasa pertama hari tu saya tak memasak.  Suami ajak ke tapak Bazar rakannya di Jalan Telawi Bangsar.  Kawannya dapat 5 tapak & kami bercadang ambil 1 daripadanya.  Jadi hari tu saya ambil kesempatan berjalan di Bazar Ramadhan Jalan Telawi sambil membeli makanan.  Saya beli rojak ala Penang (cucur², udang, sotong, telur yg dicelup tepung & digoreng) & berkuah kacang.  Beli tepung Pelita Inn, kuih keria, karipap (ni permintaan anak²) & murtabak.  Biasalah kalau beli ni, tak semuanya menepati citarasa.  Rojak & tepung pelita je saya puas hati.  In fact tepung pelita tu superb bagi saya sbb saya dah lama tak makan tepung pelita yg sedap begini.  Kuih² & murtabak tu mmg jadi penghias meja sbb rasanya kureennggg gitu..

Okla.. berbalik pada cempedak goreng ni.  Saya guna bancuhan sama macam N3 keledek goreng sblm ni..

2 cawan tepung beras (saya suka cap gajah - tak kisah lah yg 1 or 5 ekor ke..)
1-2 cawan air (bergantung kepada kepekatan dikehendaki)
1/2sk garam
1 sb air kapur (jika pekat, letak 1/2 sudu je)

Bancuhkan semuanya sambil tuang air sikit demi sedikit, berhenti jika nampak bancuhan sudah cair. Kalau terlajak air, tambah 1 @ 2 sudu tepung beras & tambah air sedikit jika terlalu pekat. Saya prefer tepung tu menyaluti tebal buah kerana saya kurg suka buahnya.  Time menggoreng, saya akan titiskan lagi tepung di atas gorengan buah, tapi tidaklah terlalu padat, sekadar memenuhi ruang yg kosong. Jika buahnya dah habis, saya akan goreng keraknya sahaja utk diratah.  Caranya titiskan tepung tu di dalam minyak panas.  Seeloknya titisan halus/panjang utk hasilkan kerak yg cantik.

Gunakan minyak yg banyak utk menggoreng & minyak haruslah betul² panas utk hasilkan kerak yg kembang & rangup. Titiskan sedikit tepung dlm minyak panas, jika tepung terus kembang & timbul, minyak sudah cukup panas. Goreng hingga warna tepung menjadi kuning/gelap supaya tepung betul² rangup.  Sebaiknya pisahkan setiap biji cempedak supaya hasil gorengan rangup & masak sama rata.

Saya goreng hingga gelap (plus kualiti kamera yg kureeng bila malam).  Saya goreng 1/3  biji cempedak je, bakinya saya bekukan & guna semula bila teringin nak makan.
Kalau terlebih kapur, gorengan akan berbuih² sehingga melimpah kuali.  Guna kuali yg besar, cedok & tuang minyak berulangkali supaya buih tidak membuak² (seolah² utk elak kuah yg hendak meruap).  Kalau tak berjaya juga tutup api, keluarkan gorengan & tambah minyak.  Panaskan semula minyak, goreng semula. Boleh juga adjust semula bancuhan tepung dgn menambah tepung beras & air sedikit.

Tapi kalau terkurang kapur lain pula ceritanya, kerak akan jadi keras.  Biasanya saya lihat pada warna bancuhan.  Jika bancuhan bertukar warna sedikit kekuningan & berbuih halus, ok la tu.  Kadangkala saya titiskan dulu dlm minyak panas, jika tak kembang cantik, tambahkan lagi sedikit kapur.

Apapun cubalah dulu.  Biasanya beginilah lebih kurang sukatan yg saya guna.  Hasilnya tidak menghampakan. Cempedak goreng yg tak habis, simpankan sahaja dalam peti.  Panaskan dalam oven toaster or grillkan dalam microwave or gorengkan semula (tapi akan oily sedikit).  Keraknya akan rangup kembali.

NASI KABSAH

Wednesday, July 2, 2014 0 comments
Menu semalam... update terus sebab Adik mintak resepinya.  Malas nak menyalin banyak kali, saya letak dekat blog aje la.  Resepi ni saya ambil dari Youtube, Resepi dari Saudi.  Saya try buat sebab tengok kombinasi rempah ratusnya yang betul² berbau Arab (berdasarkan makanan Arab yg saya pernah makan)... Then nampak nasinya terlerai cantik.  Resepi ni banyak yg takde sukatan, jadi saya anggar lebih kurang aje...

Boleh rujuk video nya ni :



BAHAN-BAHAN :

1 cawan besar beras Basmathi (saya letak 2 1/2 cawan rice cooker yg kecik tu) - direndam 10-20 minit
1 1/2 pound ayam (agak² la ye.. lagi banyak lagi terasa ayamnya)...
1 biji bawang besar
1 biji tomato
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Cili hijau (saya tak letak)
Air (saya letak 4 cawan)



Bahan rempah :

1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar black pepper (saya grind direct dalam air didihan)
1 sudu besar buah pelaga
Sedikit kayu manis (saya gunakan 2 serpihan kecil)
1 sudu kecil cengkih
2 bay leave (daun salam)
1 sudu kecil jintan putih
Garam

Cara²nya :

Tumis bawang hingga naik bau (saya gunakan minyak zaitun), masukkan halia & bawang putih.  Goreng sekejap, masukkan tomato dan semua rempah ratus.  Tumis hingga wangi.

Kemudian masukkan ayam.  Goreng ayam selama 3-4 minit atau lama sikit jika ayam bersaiz besar.
Masukkan air & tutup periuk dan rebus ayam 15 minit (saya lebihkan masa rebusan).

Keluarkan ayam, masukkan beras, didihkan selama 10 minit

Perlahankan api, tutup penutup dengan foil (untuk steaming effect - saya tak buat) & tutup periuk 2 minit.

Ready di mamam!!

Tengah didihkan nasi (dah kering pun airnya...) 

Saya susun semula ayam atas nasi sebelum tutup periuk.  Ayam ni boleh juga dibakar atau digoreng/grill jika anda mahu garing)..   

Nasi Kabsah.. (ni bakinya.. ), anak² suka. Tiha aje komplen banyak spice (dia tak berapa makan sebab sibuk asingkan bawang, halia etc...)
Nasi ni mudah dibuat.  Kalau nak guna rice cooker pun boleh... masak macam nasi briyani tu aje.  Beras Basmathi jangan direndam lama nanti nasi mudah lembik, tapi jangan tak rendam pula sebab nasi berasnya tak memanjang dengan cantik).  Sukatan airnya yang biasa saya guna 1 beras : 1 1/4 air.  Selamat mencuba...



Roti Tuna aje

Sunday, January 6, 2013 0 comments
Dah siap!! Jom makan
Tengahari tadi pegi rumah geng lama. Consider bestfriend jugaklah, dari zaman U sampai lah kerja.  Tapi lepas kawin takdela sekerap dulu berjumpa.  Kalau zaman bujang dulu, rumahnya ala² rumahku jua.  Mak my friend ni pon dah tak heran tiba² je ada tetamu tak diundang.  Kononnya dtg kejap je, dok berborak sakan, sampai terus layan tido situ.  Nak pegi keje pinjam aje baju dia.. kekeke.. tak senonoh betul kan.  Really miss that moment.  Saya ni bukan jenis senang nak close dgn orang, kenalan ramai, tapi rapat memang susah.  Then saya memang jenis tak reti nak contact & bertanya khabar.  That's why saya appreciate sangat mereka² yang pernah hadir dlm hidup saya.  Saya akan protect & loyal dengan diorang ni sampai bila-bila, insyaallah.

My friend ni memang terre memasak & kreatif jugak, kalau dulu rasanya dia lagi terre dr saya kot sebab lagi exposed dengan pelbagai makanan.  Saya ni reti masak menu melayu aje.  Tapi lepas kawin, saya dapat suami bertekak mat saleh. Seminggu tak masak nasi pun takpe.  In fact dia lagi suka kot.. hehehehe.. Dulu rasa leceh jugaklah sbb saya jenis yg makan nasi, tapi lama² saya pun dah adapt. Sekarang saya pulak tak berapa boleh telan nasi hari².  So masa majlis akikah tadi, kemain suka la we all anak beranak.  Kambing dijadikan lamb chop, whipped potato, garlic bread & gravy pon sedap!! Saya dah agak, taste Farah ni bukan calang-calang.. tak gitu my friend?? Menu lain pun ada - kue teow goreng, tauhu bakar, nasi minyak, pulut kuning, kari ayam, rendang daging, agar-agar, cupcakes & yogurt cheesecake.  Wahh!! Boleh tercabut semua kancing yang ada!! Hilang la plan nak start berdiet.. huhuuu...

Alahai, panjang pulak saya merapik kat sini.  Nak cite pasal roti tuna semalam yang saya masak ni je pun.  Merapunya yg lebih.  Ala.. resepi ni simple aje, guna tuna dalam tin, tomato cherry (baki beli kat fraser's hill 2 bulan lepas.. kekeke), mayonis & cheese aje.

Mula-mula sapukan tuna, boleh tambah lagi sos² yg korang nak.  Saya tambah mayo aje sbb suami tak suka sos cili (mat saleh la katakan).. 

Saya letak tomato & olive (ni stok yg dah berbulan dalam peti... kekeke)... 

Letak cheese (saya letak cheddar).  Boleh ganti dengan cheese lain kalau suka.
Saya guna microwave convection oven, jadi saya setkan grill atas bawah & bakar 5 minit.  Biasa kalau guna rack besi tu, mmg dah cukup garing. Tapi kali ni saya guna pizza crisper, kena tambah lagi 2 minit.  Pasni nak guna rack tu semula lah.  Rugi karen je.. hehehe..

Senang aje kalau masak benda-benda macam ni.  Si Tiha saya panaskan lasagna yg saya buat a few days lepas.  Saya & Ieqa pula share makan nasi baki lunch tadi, kurma telur dan sayur.  Fuhh... lega rasa, clear dah peti ais dari stok-stok lama. (Utk pengetahun, peti ais penuh semula- 3 bekas durian tersusun rapi ready to eat).  Kalau rajin jadilah durian crepes, kalau tak, kita ratah ajelah....

Nasi Goreng Alabama

Tuesday, May 19, 2009 0 comments

Bunyi mcm gempak je.. Akupon camtu gak masa mula² dengar dulu.. order punya order, nasi goreng sardin rupanyaa... xpe la.. janji sedap




Nak senang.. makan nasik berlauk sardin dulu hari sblm tu (dah x de idea nak makan apa).. aku masak tin besar then baki bleh buat bahan nasi goreng



Bahan2 sng je.. sardin x abis semalam, sayur smlm gak (dah masuk peti) ngan nasi putih (yg ni baru masak). Then letak sket minyak & sardin, pecah2kan isi sardin.



Tambah nasi putih gaul rata, masuk sayur , adjust garam & renjis sket kicap manis. Beres...





Tips
1. If x nak buat nasi goreng, boleh ganti ngan makaroni, jadi makaroni goreng. If nak sayur, potong la carrot & sayo2 apa yg ada kat umah tu.
2. Biasa time masak sardin tu, aku dah tumis ngan bwg putih, merah then cili padi & sikit air asam jawa, bwg besar, garam.. mak aku suka masak camni.. best la plak.
3. Nasi goreng ni best kalu serve ngan keropok ikan..

Nasi Goreng Kampung

Sunday, May 17, 2009 0 comments
Lately ni asyik masak benda simple2 je.. Perabis stok lama2.. Rencah nasi goreng ni extra yg lama aku bekukan and bila terasa nak makan.. guna je semula..
Bahan rencah - di blend
bwg merah 5 ulas
bwg putih 4 ulas
cili padi 10-15 biji
belacan sebesar ibu jari
Bahan lain - nasi 3 cawan, bilis segenggam , kacang panjang 3 batang (dipotong), telur sebiji, carrot 1/2 batang (dipotong)



Goreng segenggam bilis hingga garing & ketepikan. Gunakan minyak yg sama utk menumis bahan2 yg dikisar hingga garing





Pecahkan telur dan kacau rata, garam, tambah sayur2 (if suka sayur mentah tambah kemudian). Telur ni boleh serap minyak2, so nasi x oily sgt.








Masukkan nasi dan gaul rata. If guna
sayur yg sng lecur (kangkung) masukkan sayur time ni. Tambah sikit kicap manis(jika suka) sambil digaul rata.

Bilis goreng tu boleh masukkan time ni dan ratakan or tabur atas nasi nanti.


Sorry.. tgh makan baru teringat nak ambik gambar. Makan ngan keropok sayur.. best gak


Tips
1. Sayur kangkung best letak dlm nasi goreng ni tapi kat umah x de stok kangkung plus husband & anak x mkn sayur berdaun..
2. If x suka belacan gantikan ngan isi ikan goreng or bilis (boleh blend skali ngan rencah lain tu) - tumbuk kasar2 lagi best!!
3. Makan ngan telur dadar pon best!
4. Careful ngan garam.. sbb belacan, bilis & kicap dah masin.



RESEPI-RESEPI DIET ATKINS

Thursday, October 5, 2017 0 comments
Macam yang saya war²kan.. Saya masih di fasa 1 induksi.  Kononnya kali ni nak pecah rekod.  Kalau dulu saya buat sampai 54.7kg aje.  Kali ni saya berangan nak buat sampai 50kg.. hehehe.  Ideal weight saya ialah 52kg-55kg.  Saya saja nak kurangkan sikit supaya lambat sikit berat tu naik.  Hari tu masa buat sampai 54.7kg, after 6 months... dah hampir 61kg berat ku.  Parah².  Eh... diet ni senang naik ke?  Kalau badan naik tu, bukan salah diet.  Kalau dah kurus tapi masih amal gaya pemakanan mesa gumuks dulu, badan pon slowly akan gumuks balik lah.. ada faham??  Kalau nak maintain, jaga elok2 pemakanan n exercise sikit² ok.  Saya memang dah target, habis diet nak makan macam biasa balik.  Bila badan dah overweight, nak diet balik.. boleh gitu?.. hahahaha..

Cumanya entah bila hajat nak capai 50kg tu akan kesampaian.  Last week dah happy sangat sebab by Friday dah capai 55.7kg.  Kira okaylah sbb baru 3 minggu Atkins dan saya cheat every weekend!  Weekend baru ni pula, saya ingat tak nak cheat teruk² sbb sikit je lagi nak capai target.  Malangnya kedai kami pergi tu takde pulak menu² idaman.. Jadi apalagi.. jahanamlah diet ku.  Malam minggu pula saya balun coffe with milk and kerepek, kuaci dan geng²nya.

Yang paling terkujat, timbang Isnin tu... Mak Aiii.. 57kg balik.. Uuuwwaa... Tak ku sangka².  So far kalau cheat still turun 100g ke, ada juga maintain ke, kalau naik pun sekadar a few hundred grams!  Ni naik dlm 1.5kg apahal pulak?? Haduiihh.. sia² diet seminggu lepas.  Paling saya frust, berat saya sekarang berlegar sekitar 56.8kg aje!  Boleh kata takde penurunan mana pun minggu ni.  Tapi minggu ni mungkin saya terlebih ambik carb.  Saya masak mee kari, saya belasah kuah dengan tauhu pok, ayam serta tauge and bak choy.  Maybe banyak hirup santan dan tauhu pok tu buatkan carb dah lebih.  Takpelah.. teringin sangat.. blasah ajelah.

Tapi kali ni fikir punya fikir.. relaxlah.  Saya ingat cool down sikit minggu ni sbb last week saya tak selera nak makan.  Masuk sayur rasa mual² sampaikan bila nak berdiri aje rasa gelap² mata.  Saya dah agak ini akibat dia kalau saya asyik tak berselera makan.  Bukan salah diet tu, kalau ikut pemakanan yg disarankan ok aje.  Tapi saya memang jadi muak sangat.  Saya makan a few sudu aje utk lunch and dinner.  Mana taknya kan. So this week saya relaks aje.  Taklah sampai saya makan nasi, ambil gula dll tu, tapi saya mkn juga sedikit keledek goreng (untuk dinner) dan mlm ni saya makan keria kosong 2 biji as dinner juga.  So far buat mcm ni penurunan 100gm ajelah sehari, bukan 500gm mcm selalu tu.  Tunggu mood datang, nanti saya diet elok² semula... hehehe..

Ok.. saya nak share resepi² Atkins yang nampak sedap sangat kat FB KDA nun.  Saya copy paste balik kat sini as reference kita sesama ye..

Image may contain: food

Resepi chicken chop cheezy with blackpepper sauce - by fafaemimie.
atkins version (lulus fasa 1)

Ayam
(Bahagian dada belah 2 atau bahagian peha + thigh). Perap dengan lada hitam, garam, bawang putih, halia. Potong cili api. Perap lama lagi sedap.

Grill ayam guna non stick pan/ oven.. bila da masak, letak cheese atas ayam, dan terbalikkan ayam tu, dlm 3 saat cheese cair, angkat ayam letak dlm pinggan

Blackpepper sos atkins
- tumis 1/4 biji bawang besar/ holland
- letak 1 sudu serbuk lada hitam
- air 1/4 cawan, garam secubit
-last skli 3 sudu whipping cream
Kacau2. Biar sejuk sikit, blend guna blender kering. Tak blend pun xpe tp fafa blend sb x lawa nampak bawang ketul2 tu.

Coleslow atkins
Kobis cincang
2 sudu whipping cream
2 sudu mayo atkins. Gaul2


siap

Image may contain: dessert and food
Kek coklat atkins- by FafaeMimie
(lulus fasa 1 atkins)

Resepi (1 hidangan +-6g carbs, bahagi makan 2 3 hari tau..simpan dlm peti ais)

1 sudu butter anchor unsalted
3 sudu serbuk koko van hounten
3 sudu whipping cream anchor
3 titik stevia
1 biji telur
Secubit baking powder,soda bikarbonate
1 sudu kecik esen vanilla

Pukul butter, masukkan semua bahan, bakar 180c,20 minit

Biar sejuk

Topping
Coklat skinny
Whipping cream
Butter
Double boiled

Cuah topping kat atas kek, parut cheese beqa.

Sejukkan dlm pti ais utk rasa yg lebih nyummii

kek ni kecik je tau.. besar tapak tgn.. awk guna acuan mangkuk besi kecik je.. br kek naik tinggi
Image may contain: food
M
eatbal Atkins- by fafaeMimie


Bahan meatball
- daging kisar ramli separuh peket kecik
- garam
- lada hitam
- telur 1 biji
kacau sebati, rebus/ goreng

Blackpepper sos atkins
- tumis 1/4 biji bawang besar/ holland
- letak 1 sudu serbuk lada hitam
- air 1/4 cawan, garam secubit
-last skli 3 sudu whipping cream
Kacau2. Biar sejuk sikit, blend guna blender kering. Tak blend pun xpe tp fafa blend sb x lawa nampak bawang ketul2 tu.

Image may contain: foodmini muffin atkins
( untuk fasa 2/ untuk yg dah hampir berat ideal, ada badam)

Bahan utama

- 1 biji telur
- 1 petak kecil (1/8) butter anchor unsalted(tgk gambar bawah)
- 2 sudu mkn tepung kelapa (beli kat bakeri)
- 3 sudu mkn almond flour (beli kat bakeri)
- 7 titik stevia
- 1 sudu kecik esen vanilla
- 1 sudu kecik soda bcrbonate+ baking powder
- 1 sudu makan serbuk koko (bukan menggununh, sudu rata, pahit jgn byk)
- 6 petak kecik coklat skinny (hiris halus)

Campur semua adunan, kacau sebati

masukkan dlm mini papercup

Bakar 20 minit, 180c

Image may contain: foodaiskrim atkins- by fafaeMimie

Lulus fasa 1 atkins ( bahagi makan 3-4 hari)

1 kotak whipping cream
1 1/2 sudu makan ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu serbuk koko
6 titik stevia
Skinny coklat ** utk topping (pilihan)

Whipping, ovalette blh cr kat bakeri

Mix dalam 10-15 mnit.. speed sederhana

Jgn lama sgt t terpisah minyak n air trus rosak

Agak2 smpai kental

Da siap simpan peti ais dlm 4-5 jam

1 bekas ni dlm 10g carbs.. makan 3 hari okey.. sehari br 3 g carbs

Ok sgt buat lepas craving

**bila beku atas 5 jam dia akan keras tau.. so bila nak mkn korang letak suhu bilik dlm 5 mnt dia lembut smula
Image may contain: 1 person, foodAtkins falxseed bun- by Fafaemimie

( lulus fasa 1)

Atkins bun .. 
3/4 cawan flaxseed yg da blend
4 bji telur
Esen vanila
Baking powder, soda bikarbnte 1sk
Garam sikit
2 sudu minyAk
Blend /mixer smua
1 titik stevia
Masukkan sosej marina sebatang (2g carb) + isi ayam cincang yg da masak
Masuk dlm adunan
Tabur oregano, chia seed, flaxseed
Bakar 200c,25-30 mnt

Image may contain: foodKek cheese atkins version- by fafaemimie

(lulus fasa 1, bagai 3 4 hari makan)

Bahan utama

-250g creamcheese tatura (sy guna separuh je)
-stevia
-2 biji telur
-beqa cheese
-1/2 kotak whiping cream anchor kecik

cara
base kek
- blend telur dan separuh creamcheese+ 2 titik stevia

bakar 220c, 15 minit

Topping
- 1/2 kotak whip[ping cream blend bersama 2 titik stevia, 1/4 beqa cheese, blend

curah topping atas kek, parut cheese beqa, sejukkan

Image may contain: drink and food
Image may contain: food and text
ape suke makan megi goreng tomyam wajib cuba resepi ni.. mabeles 5 bintang. Sedap sgt tau.. masam2 pedas.. yang penting ketosis menten sebab konjac ni low carbs! Nyummi.
Mee konjac goreng tomyam mabeles

- 2 ulas bawang putih, sehiris bawang besar tumiskan
- masukkan 1 sudu paste tomyam (pastikan xde gula, sy guna paste tomyam mcm kat bhgian comment tu)
- masukkan ayam, udang, sotong dan apa2 la yg kite suke
-daun limau, serai ketuk, masuk air 1/4 cawan, masuk mee konjac dan kobis

Kacau2 smpai air kering, pecahkan sbji telur, potong cili api. 👍🏻👍🏻terangkat. Trus dtg selera. Masam2 pedas

Credit resepi: kak yani

Image may contain: text

Image may contain: foodImage may contain: text and food

# ROTI FLAXSEED NI CELUP TELUR DAN GORENG

Image may contain: foodHomemade burger atkins- by FafaeMimie

(lulus fasa 1 atkiins)

Bahan utk roti
-flaxseed 2 sudu blend halus (da blend jd 3 sudu
-1 sudu psylium husk
-2 bji telur
-1/2 sudu baking powder
- garam secubit

Gaul sebati sy guna garfu je kacau2.. Utk roti burger., cari bekas bulat la tau, blh dpt 4 bekas bulat ni.. buat nipis2 je. Bakar 220c.,20-30 mnt

Utk dgg burger homemde, guna ayam cincang ramly
Campurkan ayam td dgn
- 1 bji bawang kecik+1 uls bwg putih (tumbuk/blend halus)
- rempah cajun (xde pun xpe)
- garam sikit
- oregano utk bg wangi
- lada sulah, lada hitam

Grill atas non stick pan guna1 sudu minyak, smbil masak tu tekan2 bg dia leper sikit

Mcm biasa letak sos, sy guna nandos garlic, dgg burger homemde, sayur timun, tomato chery, kobis, bawang.. mayo homemade (resepi ada dlm album ni jugak)

Siapp.. 1 adunan dpt 2 ketul burger besar ni.. mmg kenyang.. total carbs burger ni dlm 3-4g carbs

**psylium dan flaxseed blh beli kat aeon/ tesco,
Tp klu xjmpe/ mls nak cari, sy ada jual.. wasap 0182583449

Image may contain: foodRoti canai sardin- by fafaemimie

lulus fasa 1 atkins

Bahan asas
-sardin masak mcm biasa kuah sardin amik 1 sudu je
-fucuk 2 helai

Basuh je fucuk, jgn rendam lembek tau.. Amik pemanggang ajaib, letak minyak sikittt je.. biar minyak panas, letak fucuk

Letak inti sardin
lapiik dengan fucuk yg kedua, dan tutup pemanggang ajaib

bila dah nampak garing, boleh angkat dan tokskan minyak. potong kecik2, cicah dengan kuah kari


Image may contain: food
Lasagna atkins- by fafaeMimie


(lulus fasa 1)


Ni bahan2.


inti daging
Bawang kecik 2 biji potong dadu
Daging kisar ramli dalam segenggam
Lada benggala
Zuchini
Cheese 1 keping
Mozarella 2 sudu


Utk sos : blend sos nandos + tomato cherri


- cairkan satu sudu butter, tumis bawang
- masukkan daging, lada hitam sikit
- masuk sos yg da blend td (sos nandos+ tomato)
- lada benggala, garam
- nak lg sedap masukkan 2 sudu whip cream anchor


Pastu pecahkan sebiji telur dan kacau2


Zuchini parutkan atau potong halus2 sbg peggnti kulit lasagna


mcm biasa lapiskan inti daging, zuchini, dan cheese.. ulang 2 layer.. dan bakar, 200c, 20 minit ( ikut oven masing2)


Siap

Image may contain: food
chicken pizza atkins- by fafaeMimie

segenggam cauliflower sagat halus
letak dalam mangkuk..
pecahkan sebiji telur
1 keping cheese
2sudu mozarella cheese
1 sudu parsley
1 sudu basil
1 sudu oregano
sehiris capsicum
setengah batang sosej ( kalau br diet, elakkan proses food, ganti dengan isi ayam)

gaul semua dan letak la atas dulang yg disapu minyak
garam sikit je

pre heat oven 200c 10 minit
sy bakar 30 minit 200c.. **depends pada oven ye..

bakar sampai keras hilang smua air..**bila nampak da masak kuarkan kejap, tabur mozarella sikit, bakar smula 5 mnit gitu utk dptkan atas2 cheese warna coklat tu haa.. siap..

nak jd pizza makan masa panas.. nak breadstik da sejuk potong.. sedap.

Image may contain: foodSate atkins by FafaeMimie

Lulus fasa 1 atkins

Ayam 500g
3 biji bawang merah,
1 batang serai,
1 inci lengkuas,
Kunyit hidup
Halia 1 inci
3-4 titik stevia, sedikit garam,
2 sudu minyak

1 sudu jintan manis, )
1 sudu jintan putih, >Sangai dulu
1 sudu biji ketumbar, )

semua ni blender dan curah ke atas ayam yg dipotong dadu

-perap semalaman.. boleh bakar atau goren


Image may contain: food and text #FUCUK LIMIT 20G SEHARI
Image may contain: foodImage may contain: food and indoorImage may contain: food
Image may contain: food

cheezy chicken ball atkins- by fafaemimie

(lulus fasa 1 atkins)

500g isi ayam
2 biji telur
1 biji bawang merah,
garam
lada hitam
lada putih
blend ( xyah tambah air)

tabur daun bawang

bulatkan adunan, masuk cheese kat inti bebola tu

didihkan air, masukkan 1 sudu minyak masukkan bebola, tunggu bebola timbul

angkat dan sejatkan

salutkan bebola dengan telur, gorengkan

Image may contain: text and food
Image may contain: foodNuget hoomemade atkins - by fafamimie

(lulus fas a1 atkins)

Bahan utama

Dada ayam
2 biji telur
3 ulas bwg putih
Cili
Serbuk lada sulah
Garam
Oregano**pilihan
2 sudu psylium husk**pilihan, nk bg kenyal sikit
Daun sup

Blend smua kecuali daun sup dan psylium, xyh tambah air, telur blh gerakkan blender.

Cmpur paylium dan daun bwg

Psylium ni sumber fiber, sape sembelit elok mkn ni

gaul, dan kukus 15 minit

buang air yg bertakung (kalau ada)

sejukkan, dan bentukkan guna acuan/ potong petak je

salut dengan flaxseed, goreng
Image may contain: foodLempeng kelapa atkins, by fafae mimie

Hampas kelapa segenggam
Stevia
Psylium husk 3 sudu
1/2 kotak santan kara

sangai hampas kelapa hingga coklat muda

Blend hampas kelapa smpai halus,
Gaul sebati
-1 cawan hampas yg da blend
-garam,
-3 sudu psylium husk,
-stevia( setitik stevia dlm 1/2 cawan air, tuang sikit je nk bg ada rasa manis),
-1/2 kotak sntan kara

tambahkan sedikit air pd adunan, ( tak banyak, smpai boleh kepal je)

Tempekkan kat kuali, xyah mnyak

Dah..boleh makan ngan kari/sambal bilis

Image may contain: food
Keropok lekor atkins- by ffae mimie

(lulus fasa 1 atkins)

Asingkan isi dan ikan mentah. * saya guna 10 ekor ikan sardin. Lg fresh lg sedap.

2. Blender tanpa air ( isi ikan +2 ulas bwg putih+ secubit garam+ 1 sk lda hitam , sedikit serbuk lada putih) gaulkan bersama 2 cubit soda bikarbonat * utk kembung.. tak letak pun x pa

3. Letak sedikit minyak kat tangan, bentuukan keropok lekor

4. Didihkan air bersama 1 sudu minyak ( supaya bebola x melekat) , masukkan keropok ke dalam air

5. Bila keropok lekor dah timbul boleh tutup api ** jgn risau kopok ni x kan lerai..elok je bulatnye..

6. ok sekarang dah siap, toskan dan goreng

Image may contain: food
Roti flaxseed atkins- by fafae mimie

Roti diet homemade tanpa tepung -diet atkins fasa 1..roti ni sedp kalau follow betul2 resepi.. Then pastikan dalam tu ckup masak dan x berlendir..esen vanilla wajib utk hilangkan bau flaxseed..
Kalau still belendir awak potong je dulu pastu masuk smula dalam oven smpai masak..

Bahan utama
1. 1 cawan flaxseed (blend kering)
2. Secubit garam & 1sudu kecil
3. 1 sudu teh baking powder
4. 1/2 cawan air masak
5. 1/2 cawan minyak/butter yg dicairkan
6. 1 sudu oregano (xletak pun xpe)
7. 1 sudu kecil esen vanilla
8. 5 biji telur greb B

Blend bahan nombor 4-8

Blend

Sementara tu sebatikan bahan 1-3

Canpurkan bahan kering dan bahan blender..gaul hingga sebati

Bakar 180c, 1 jam **bergantung pd oven

Ok sblm kluarkan cucuk dulu, klu da masak kluarkan dr oven dan sejukkan **kalau dalam berlendir, flaxseed tak ckup masak

buat guna tin roti.. adunan ni mmg tak naik tinggi.. so nk bg dpt brntuk 4 segi roti, roti ni dibelah 2, kemudian hiris nipis.. rujuk komen
Image may contain: foodcucur udang atkins- by fafae mimie

(lulus fasa 1 atkins)

Cucur Udang atkins 

- tauhu 2 keping (carbs 1.9g)
- telur sebiji
- udang ikut suka byk mana
- kucai
- taugeh
- cili padi/cili besar
- bawang merah mayang
-garam

1. blend/ramas tauhu ngn telur, serbuk kunyit & garam
2. masukkan sume bhn2 lain. Gaul sebati
3. Bentukkan bulat2/leper ikut suka. Goreng api sederhana.(pastikan minyak betul2 panas)
4. biar garing baru balikkan.. Siap
Image may contain: food
Cekodok ayam atkins

1 biji telur
isi ayam
1 biji bawnag merah
cili api
garam
lada hitam
lada putih
blend semua bahan

jemputkan dan goreng

Image may contain: food and textmurtabak atkins- by fafae mimie

sardin kecik 
amik isi dan satu sudu kuah
pecahkan 2 bijik telur
kacau2 sebati.
goreng dalam minyak sikit or non stick pan sb dia serap minyak.

Image may contain: foodBubur bunga kobis- by fafae mimie

bunga kobis segenggam rebus.
blend bunga kobis bersama 1 biji bawang besar. isi ayam sikit. lada putih bersama sedikit air.
amik periuk panaskan 1 sudu minyak.
tumis bawang merah. halia dan serai dan cili api.
masuk ayam or udg or dgg.
dah naik bau masuk bhn blender.
seimbangkan rasa masin.
mkn dgn ikan blis goreng
tambah lada sulah sikit

Image may contain: text and food

Image may contain: foodSubway atkins by FafaeMimie
(lulus fasa 1 atkins)

1/4 cawan flaxseed
2 sudu air
2 sudu psylium
Secubit garam
1 sudu kecik esen vanila
1 sudu kecik baking powder
2 biji telur
Kacau guna garfu bg sebati
Chia seed tabur kT atas

Bakar 220c api atas bawah 20mnt

Isinye : ayam grill, salad, mayo homemade, cheese

Image may contain: food"pisang" goreng diet atkins.. by fafaeMimie

try la sbijik rasa pisang goreng walaupun dia bukan dr pisang 😜

**lulus fasa 1 atkins (1 hidangan 7.5g carbs - termasuk dlm carbs sayur)
Kredit: tq ain zaki utk resepi yg sedap ni

rebus 100g labu, lenyekkan

campurkan labu dengan 2 3 titik stevia, ikut kemanisan yg korang suke , + psylium husk 2 sudu atau sehingga adunan agak kental.. bentukkan leper mcm pisang.. jgn buat bulat nanti dalam susah nak masak..

salut adunan td dengan flaxseed yg telah dikisar, gorengkan..sedap sgt rasa mcm pisng goreng
Image may contain: foodBubur anak lebah- by FafaeMimie

Ramai request bubur atkins..mentang2 musim hujan..kena sgt mkn bubur panas2 ni.. mak ckp ni namanya bubur anak lebah atkins 😂

Resepi ni dpt seperiuk ye,dlm 4 mangkuk..nk mkn sorang kurangkn kuantiti jd half pun ok..

Konjac nasi 1 bungkus
Chia seed 2 sudu
Santan kara 1 kotak
Stevia 4 titik **ikut tahap manis korang nak
Garam secubit
Daun pandan selai
Sy tambah sikitttt pewarna hijau nk bg ada warna

Seperiuk ni 8g carbs total

Msuk smua dalam periuk, tambahkan air sikit.kacau sampai didih..sjukkan..

Ni kalau mkn sorang2 mmg trlebih carbs..kalau nk mkn sorang2 kurangkan kuantiti santan tu okeyy..slmat mencubaa

Image may contain: dessert, food and indoorPancake atkins with chocolate leleh 😜

2 biji telur blend dengan 2 sudu tatura cream cheese

Masak nipis atas non stick pan

Lipatkan. (Dapat 4 ktul pancake)

Coklat tu skinny coklat 6 bar kecik+ 3 sudu whipping cream anchor, double boil.

Skinny blh ganti dgn serbuk koko van hounten/ delfi + stevia + whipping..tp ofkosla x selemak skinny coklat rasa dia..

Siap.

Kalau nk letak inti coklat sblm lipat tu pun boleh..

INI ANTARA RESEPI YANG SIS FAFAMIMIE NI SHARE.  NAMPAK SEDAP KAN?  OK.. BOLEH SAMBUNG DIET.. BANYAK RESEPI NAK KENA TRY NI.. :p

OH YE.. NAK TENGOK POST NI, BOLEH MASUK LINK NI YE 

Selamat berdiet!!